top of page

Celcom Axiata Berhad atau panggilan ringkasnya Celcom (dahulunya dikenali sebagai Celcom (Malaysia) Berhad) ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM International).

Maxis merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, iaitu lebih besar daripada syarikat Celcom dan DiGi. Syarikat ini mempunyai 8 juta pelanggan pada tahun 2006. Maxis mengendalikan talian 012, 017 dan 0142.

Digi Telecommunications Sdn Bhd merupakan salah satu penyedia perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia. Kod telefon yang digunakan ialah seperti "016, 014-32, 014-35, 014-30, 014-31 dan 014-6". Ia dimiliki sejara majoriti oleh Telenor ASA dari Norway sebanyak 61%. Pada 24 Mei 1995 DiGi menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancar dan mengendalikan rangkaian selular yang digital sepenuhnya.

U Mobile Sdn Bhd ialah penyedia perkhidmatan 3G terbaru di Malaysia yang diasaskan pada tahun 1998 sebagaiMiTV Networks Sdn Bhd. U Mobile ialah anak syarikat milikan penuh U Telecom Media Holdings Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai MiTV Corporation Sdn Bhd.Dengan menggunakan awalan 018 yang diperuntukkan kepada pertubuhan ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Redone adalah perkhidmatan postpaid atau pascabayar atau perkhidmatan bil bulanan telefon termurah iaitu RM8 sebulan. Redone adalah pelan penjimatan terbaik untuk semua golongan rakyat Malaysia. Redone baru ditubuhkan beberapa tahun lepas. Dahulu ianya dikenali Redtone Mobile. Redtone ditubuhkan pada tahun 2009 yang merupakan pengendali rangkaian maya mudah alih (mobile virtual network operator) yang menggunakan perkhidmatan pascabayar rangkaian celcom. Redtone diubah suai sedikit pelan perniagaan serta syer perniagaan dengan menjadi partner celcom untuk menjadikan redone lebih baik melalui perkhidmatan telefon termurah di Malaysia.

Please reload

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

bottom of page